73% adalah air semata-mata di dalam otak manusia.
Dehidrasi tubuh anda jika melebihi 2% sahaja sudah cukup untuk menyebabkan kehilangan fokus, mengurangkan keupayaan kognitif (pembelajaran, kefahaman, pengendalian) dan daya ingatan.
Cuba imbau ingatan anda ketika berada di dalam kelas waktu zaman persekolahan dahulu ataupun masa yang berlalu di hadapan komputer di tempat kerja, ataupun leka dengan ‘game’ dan ‘whatsapp’ di telefon pintar, menonton program menarik di televisyen dan aktiviti-aktiviti lain seperti berlari, berbasikal ataupun yang seumpamanya.
Ada tak kebiasaan meminum air ?
Kalau tidak ada ataupun kurang ia pasti ada memberi kesan langsung yang menyumbang kepada kehilangan konsentrasi, kehilangan idea, kurang daya kreativiti mahupun kepenatan tubuh badan seperti istilah ‘bonk’ yang biasa digunakan oleh ahli sukan berbasikal.
Meminum air (perut kosong) sejurus bangun dari tidur sangat baik untuk badan anda.
Ini adalah kerana perut ataupun ‘gut’ merupakan otak kedua (second brain) yang memainkan peranan penting dalam pengaktifan sistem saraf badan anda.
Kajian telah membuktikan bahawa terdapat 100 billion neuron di dalam otak manusia manakala perut pula mengandungi 500 juta neuron yang terhubung antara satu sama lain melaui sistem saraf di dalam badan anda.
Contoh mudah untuk memahaminya adalah seperti menghidupkan dan memanaskan enjin kereta sebelum dikendalikan bagi memastikan setiap komponen ‘berinteraksi’ antara satu sama lain.
Secara amnya, anda pasti sedia maklum pengambilan air adalah dalam 8 gelas sehari ataupun berat kg anda darab dengan 0.033 (boleh hitung sendiri) untuk mendapat kiraan yang lebih tepat.
Namun, ia juga bergantung kepada penglibatan anda dalam pelbagai aktiviti lain. Contohnya seperti berkebun atau bersenam.
Adakalanya tubuh badan anda akan tetap terhidrat walaupun kurang meminum air sekiranya anda memakan sayur dan buah-buahan (yang juga mengandungi air).
Apapun yang anda lakukan pastikan anda meminum air yang secukupnya bagi memastikan minda anda sentiasa dalam keadaan positif dan pro aktif.
Allah SWT berfirman di dalam Al Quran :
AL ANAM:99

Pepatah Arab berbunyi :
Al ‘aqlus salim fil jismis salim
(‘akal yang sejahtera datang dari tubuh yang sihat).
Coach Ralph
Certified Trainer in Cognitive Development
Cambridge Global Learning, UK

Good information