Kelas Hafazan Online Kanak-kanak

Pengenalan

Kelas hafazan online kami direka khas untuk kanak-kanak dengan tujuan untuk memantapkan ilmu al-Quran dalam dada mereka. Dengan fokus kepada pengayaan ilmu al-Quran, kelas ini bertujuan membantu anak-anak bukan sahaja menghafal tetapi juga memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian mereka seperti ketika solat atau jadi Imam di kalangan rakan-rakan. Kami menawarkan tiga tahap hafazan yang disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran kanak-kanak.

Tahap-Tahap Hafazan:

  1. Tahap 1: Juz Amma (Surah Al-Fatihah – Ad-Dhuha)

   – Fokus kepada surah-surah pendek yang mudah dihafal oleh kanak-kanak, ini adalah asas kepada hafazan yang lebih mendalam.

  1. Tahap 2: Juz Amma (Surah Al-Lail – An-Naba’)

   – Pada tahap ini, kanak-kanak akan meneruskan hafazan dengan surah-surah dalam Juz Amma yang selebihnya, membina keyakinan dan kefahaman al-Quran.

  1. Tahap 3: Surah-Surah Pilihan

   – Dalam tahap ini, pelajar diberi kebebasan untuk memilih surah-surah yang ingin dihafal seperti Al-Kahfi, Al-Mulk, As-Sajdah, dan Yaseen. Ini memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk menghafal surah yang mereka sukai.

Kaedah Pengajaran:
1. Tasmik:
Definisi: Tasmik adalah proses mendengar hafalan pelajar secara individu oleh guru.
Kebaikan:
– Membolehkan guru mengenal pasti dan membetulkan kesilapan sebutan atau hafalan dengan segera.
– Membina keyakinan pelajar untuk membaca dan menghafal al-Quran dengan betul di hadapan orang lain.

2. Tikrar (Ulangan):
Definisi: Tikrar adalah proses mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran yang telah dihafal.
Kebaikan:
– Menguatkan memori hafalan pelajar.
– Membantu pelajar menghafal dengan lebih lancar dan tepat.

3. Gundal (Ulangan):
Definisi: Gundal adalah sejenis kaedah ulangan di mana pelajar mengulang ayat dengan kadar tertentu dan dalam jangka masa tertentu.
Kebaikan:
– Membantu pelajar mengekalkan hafalan dalam ingatan jangka panjang.
– Memastikan hafalan yang konsisten dan mengelakkan pelajar lupa apa yang telah dipelajari.

4. Talaqqi:
Definisi: Talaqqi adalah kaedah di mana pelajar mempelajari al-Quran secara bersemuka dengan guru, dengan tumpuan kepada bacaan yang betul dan tepat.
Kebaikan:
– Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar cara bacaan al-Quran yang sempurna dan tajwid yang tepat.
– Memastikan pelajar mempelajari al-Quran dengan cara yang diturunkan oleh Rasulullah SAW.

Keunikan Kami:
Sebagai pakar dalam pendidikan pengayaan untuk kanak-kanak, kelas hafazan kami menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih daripada sekadar menghafal. Kami memastikan bahawa al-Quran bukan hanya berada di bibir pelajar tetapi juga di hati dan dalam amalan harian mereka. Kelas ini bukan sahaja memupuk kecintaan terhadap al-Quran tetapi juga mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan berbekalkan ajaran-ajaran al-Quran.

Kesimpulan:
Dengan menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan dan bimbingan guru yang berpengalaman, kelas hafazan online kami adalah platform terbaik untuk anak-anak memulakan perjalanan mereka dalam menghafal al-Quran. Sertai kami untuk memastikan anak-anak anda mendapat pendidikan al-Quran yang terbaik dalam suasana yang menyokong dan penuh

@aspenbmo