Biasanya kita akan rasa malas, geram, serba tak kena dan mungkin tak dapat nak fikir dengan waras. Pendek kata, ia akan memberi kesan ke atas ‘mood’ kita.
Bayangkan kalau kita sentiasa berurusan dengan orang ramai, pasti akan ada perilaku atas tutur kata kita yang akan memberi kesan negatif pada orang lain.
Mesti pada saat ini, anda memikirkan ‘ Ya betullah!’. Kena tidur awallah macam ni.
Tapi kenapa kita perlu tidur awal sebenarnya?
Kerana ada satu perkara yang hebat akan berlaku ketika kita tidur.
Mesti anda rasa pelik kalau saya katakan ada jus yang dihasilkan oleh otak sejurus kita masuk tidur.
Ya. Ia dipanggil ‘Cerebrospinal Fluid’.
Uniknya jus ini ia berperanan sebagai agen ‘nyahtoksik’ ataupun boleh dicontohkan seperti ‘pembasuh pinggan mangkuk’.
Sewaktu tidur, apabila berlakunya proses aliran darah keluar dari otak, jus ini akan terus menjalankan kerja nyahtoksik.
Ini adalah sesuatu yang hebat kerana proses nyahtoksik ini berlaku dengan sendirinya tanpa kita perlu melakukan apa-apa. Biarkan sahaja tubuh badan kita melakukan apa yang perlu dilakukannya.
BIla kita tidur pada waktu malam, jus ini akan menyahtoksik apa yang terkumpul sepanjang hari dalam badan kita.
Kita pasti tidak akan terlepas dari melalui keadaan tidak cukup tidur ataupun tidak tidur langsung tetapi pasti anda sudah nampak kepentingan untuk mendapatkan tidur yang cukup bukan ?
Pastikan anda dapatkan tidur yang secukupnya kerana ada kajian yang menunjukkan bahawa kekurangan waktu tidur boleh meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.
Kesimpulannya :
Tidak cukup tidur = Tiada proses nyahtoksik berlaku
Cukup tidur = ‘Reboot’ sistem otak dan badan
Allah SWT berfirman di dalam Al Quran :
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ لِبَاسًا وَٱلنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ ٱلنَّهَارَ نُشُورًا
Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.
Surah Al Furqan : ayat 47
Selain itu, kita juga digalakkan untuk melakukan Qailulah yang membawa maksud tidur pada pertengahan siang.
Ibnu Manzur (Rujuk Lisan AL-Arab, 11/572)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :
قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ
Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”
Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat
Sejajar dengan ini, amalan tidur sebentar juga diterapkan di kalangan pelajar-pelajar di ASPEN Academy. ‘Power Nap’ adalah istilah yang digunakan untuk mereka tidur. Ini bagi memastikan minda para pelajar segar untuk mengikuti silibus yang disediakan di ASPEN Academy.
Coach Ralph
Certified Professional Trainer in Cognitive Development
Cambridge Global Learning, UK

Assalamualaikum
Saya nak bertanya, Berapa Jamkah tdiur yang cukup bagi seorang dewasa ?
Wa’alaikumsalam.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, orang dewasa yang berumur di antara 26 – 64 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 7-9 jam.
Terima kasih.
Di malam hari, pada waktu manakah yg paling sesuai mula tido?
Apa itu REM dlm istilah tidur?